Tuesday 23 October 2012

Rahsia Disebalik Senyuman


  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Saturday 20 October 2012

Kenapa Suami Isteri Tidak Serasi....

Apabila perkahwinan sudah menjangkau enam bulan, salah dan silap sesuatu pasangan akan mula diungkit, padahal sebelumnya dibiarkan sahaja, konon masih baru. Lalu suami yang tidak senang hati dengan sikap isteri, cuba menasihati isterinya begitu dan begini. Percayalah ketika itu, nasihat suami sudah tidak bernilai lagi, sebaliknya isterinya menjawab, “dulu tak salah, kenapa baru sekarang salah?”

Ternyata pasangan itu memang sudah tidak serasi. Tetapi demi cinta, mereka tetap mengharungi rumah tangga walaupun dalam keadaan tidak selesa. Walaupun dalam tidak selesa itu, mereka tetap menikmati saat-saat kebahagiaan rumah tangga. Anehnya dalam keadaan benci, isteri tetap mengandung dan mereka terus dikurniakan anak.


Sebab itulah kadang-kadang, kita rasa hairan dan terkejut apabila dalam diam-diam pasangan itu dikatakan bercerai. Lalu orang ramai pun berkata, “kenapa la bercerai, kesian anak terpaksa berpisah dengan ibu atau bapa.” Kita hairan kenapa setelah lama berkahwin, masih tidak temui serasinya.


Itu kata kita, tetapi sebenarnya mereka berdua sudah lama menderita. Namun hati kecil mereka masih ada harapan. Maka walaupun menderita, hidup masih diteruskan di samping mencari penawarnya. Tetapi apabila sampai kemuncak masalah dan penyelesaian masih tidak ditemui, perceraian terpaksalah dipilih.


Sebenarnya mereka sudah menyedari ketidakserasian itu sejak awal pernikahan mereka, namun mereka gagal untuk merawatnya dengan baik. Tetapi percayalah isu ini masih belum terlewat untuk dirawat.


Sebenarnya isu tidak serasi ini hanya ibarat retak mencari belah. Sebab itu jika pasangan yang terlibat tidak dapat mengesan ketidakserasaian itu lebih awal, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi, beruntunglah mereka yang berusaha mencari punca penyebabnya.


Sebenarnya punca tidak serasi itu bermula daripada tidak serasinya iman pasangan tersebut. Mungkin suami kuat imannya, tetapi isteri lemah imannya. Apatah lagi kalau kedua-dua mereka tidak ada iman. Hakikatnya mereka tidak meletakkan Allah di dada mereka.


Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.


Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.


Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.

Sungguh pun begitu, jumlah golongan ini tidak ramai. Di sana sini kita temui mereka yang lemah iman, buktinya ramai yang tidak melakukan solat dengan sempurna, dan ramai juga suami yang takut kepada isteri. Mereka ini kalau pun kelihatan seperti serasi, tetapi hakikatnya mereka mahu hidup secara bebas, berseronok suka dalam kancah dosa dan maksiat.

Peranan Suami Didik Isteri


Mana-mana pasangan yang boleh mengekalkan iman dan taqwa dan boleh melaksanakan solat dengan sempurna, pasti suami dan isteri mampu berperanan dalam rumah tangga seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Inilah pasangan yang serasi malah boleh berkekalan sehingga ke dalam syurga.


Suami dalam keadaan ini perlu berperanan sebagai pendidik selain memimpin isteri ke jalan yang selamat. Maknanya pada malam pertama perkahwinan mereka, suami perlu menjelaskan pantang larang yang perlu isteri taati. Dalam pada itu kalau isteri tersalah dan tersilap, segeralah menegurnya dengan penuh hikmah.


Isteri juga perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak suami dan meminta izin sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang luar jangkaan. Peringatan ini penting dalam membina keharmonian rumah tangga. Semua ini akan memudahkan suami memimpin isteri ke arah jalan yang bahagia.


Manakala rumah tangga yang telah didapati tidak serasi perlulah menamatkan sengketa itu dengan saling memaafkan kesalahan masing-masing. Percayalah setelah kedudukan telah menjadi kosong-kosong, suami bolehlah membuat penjenamaan baru dengan menyenaraikan garis panduan, pantang larang seperti yang dinyatakan di atas.


Ingatlah selagi mereka mampu mengikut garis panduan dan pantang larang yang ditetapkan Allah dan Rasulullah, mereka akan terdorong ke arah hidup yang bahagia selama-lamanya.

Wednesday 10 October 2012

Syarat diterima taubat

Firman Allah, “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang–orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31)

Rasulullah saw. bersabda, “Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).

ALLAH maha pemurah, maha pengampun dan menerima taubat jika kita benar-benar bertaubat. Taubat mempunyai syarat-syarat yang mesti dilengkapi sepenuhnya.

Syarat untuk diterima taubat:

1. Ikhlas.

2. Berhenti melakukan maksiat tersebut.

3. Menyesali dosa yang telah dilakukan.

4. Berazam untuk tidak mengulangi lagi.

5. Istighfar. (Mohon ampun kepada Allah)

6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak atau mereka melepaskan hak tersebut. Khusus untuk perbuatan dosa sesama manusia, jika berupa hutang yang belum dilunaskan, harus segera dilunaskan. Jika mengambil harta orang, wajib dikembalikan kepadanya. Jika berupa tuduhan atau mengumpat (ghibah), wajib minta maaf atau minta dihalalkan.

7. Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat:
- Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).



Mati Tanpa Dosa....

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.

Saturday 6 October 2012

Kenangan terindah..

Pada bulan September 2010, Aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian secara jarak jauh di OUM atau ringkasan kepada Open University Malaysia. Program ini adalah kerjasama antara OUM dan Bahagian Pendidikan guru. Jurusan yang ditawarkan tentulah yang berkaitan dengan kursus semasa di Maktab iaitu Pengajian Sains (Pendidikan). Pada mulanya aku kurang yakin dengan keadaan aku untuk menyambung pengajian , tetapi dengan semangat rakan sekolahku yang turut mendapat tawaran menyebabkan aku menerima tawaran ini.
       Pada awalnya segalanya nampak mudah dengan kelas yang fleksibel dan matapelajaran yang umum tentang pendidikan. Alhamdulillah selesai sudah semester 1. Apabila masuk semester ke dua barulah sedikit kesukaran apabila subjek major ditawarkan. Apabila tiba untuk menghantar tugasan , aku dapati rakanku ini tidak menghantar tugasan dan memberitahu bahawa dia akan menangguhkan pengajiannya .Satu tamparan untuk aku. Aku nekad untuk meneruskan pengajian kerana aku telah bersusah-payah menyiapkan tugasan aku. Tujuan utama aku belajar hanya kerana Allah dan ingin mencabar diri sendiri, bukan hanya mengharapkan kenaikan gaji semata-mata. Semuanya datang dari Allah.
        Apabila masuk semester yang berikutnya, kelas telah dijalankan pada hari sabtu di Pusat Pengajian Amanjaya, Sungai Petani. ini bermakna aku tidak berseorangan lagi. Pada awalnya ramai juga pelajar lelaki. Semester demi semester berlalu..pelajar lelaki semakin berkurang. ramai yang berhenti separuh jalan atau tidak mahu meneruskan pengajian. Kini Pelajar lelaki semakin pupus dan hanya tinggal lima orang sahaja..
Sepanjang tempoh pengajian, aku berasa kagum dengan ketabahan sesetengah pelajar perempuan yang merupakan ibu kepada beberapa orang anak dan ada juga yang mengandung dan sedang tempoh berpantang. Namun itu bukan alasan untuk mereka untuk tidak hadir ke kuliah dan peperiksaan. Adakalanya aku merujuk kepada keadaan ini apabila berbicara dengan isteriku agar dia tidak memanjakan diri dan supaya dia tabah untuk menamatkan pengajiannya di USM. Hanya semester satu sahaja aku menyiapkan tugasannya kerana melihat akan keadaan dirinya yang agak stress.
         Kini...aku telah menamatkan pengajianku dan telah berkonvo pada Jun 2011. Sebenarnya aku sepatutnya berkonvo pada December 2010 tetapi aku masih lagi keciciran tiga matapelajaran iaitu Subjek Kimia Fizikal, Fizik Cahaya dan Kimia Bukan Organik. Masih ingat lagi bagaimana aku berguru untuk subjek Kimia Fizikal dengan sepupuku yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada masa itu. Bagi Subjek Kimia Bukan Organik aku belajar dengan Pensyarah IPSAH En. Thangaveloo pada setiap malam yang dijanjikan dirumahnya. Setiap kali sampai di rumahnya anjingnya lah yang akan menyambut kedatangan aku terlebih dahulu.  Aku akan kenang En. Thangaveloo sebagai guru aku. Bila tiba waktu berkonvo isteriku tidak dapat hadir kerana ada kuliah. Aku lebih menggalakkan isteriku hadir ke kuliahnya daripada menghadiri majlis konvokesyen aku. Aku membawa bersama-sama ibuku, ibu mertuaku dan adik iparku serta sudah tentulah anak-anak ku ke Majlis Konvokesyen yang dilangsungkan di PWTC. Aku mengharapkan agar anak-anakku dapat mencontohi kejayaan ku untuk menggenggam segulung ijazah. Namun begitu aku sentiasa mengingatkan diri aku bahawa ini bukanlah penamat untuk aku berusaha  tetapi satu permulaan. Kejayaan ini mungkin hanya bersifat duniawi semata-mata tetapi yang menjadikan ia lebih ukhrawi ialah niat belajar semata-mata kerana Allah. Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sama-sama berkongsi suka dan duka sepanjang pengajian. Sesungguhnya hidup adalah satu perjuangan....







        
       

Friday 5 October 2012

Dinding Ratapan

Wall Facebook = Dinding Ratapan

Seringkali kita menggunakan facebook sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila kita ada masalah saja, kita update status mengadu dan merintih. Bila sedih, kita update status meratap. Jika marah, kita update status maki-makian. Sehinggakan sahabat-sahabat kita terasa anoyying dengan status-status tersebut. 'Attention whore' ke hape? Yess! i mean 'KITA' sebab sejujurnya aku pun pernah terjebak dengan gejala tersebut.

Sepertimana yang kita tahu, pengasas facebook tu Yahudi. Yahudi ni bijak dan licik. Tak mustahil antara tujuan dia cipta facebook adalah untuk membuatkan umat Islam leka daripada mengingati-Nya. Tahukah anda, kenapa di facebook ada WALL? Atau dalam bahasa melayu disebut dinding? Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau Dinding Ratapan.



Dinding Ratapan adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S. Bagi umat Islam, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.

Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Sakinah) yang bermaksud kehadiran Illahi. Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.


Disebut “Dinding Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Mereka juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.



Bagi aku, tak salah kalau nak luah perasaan kat facebook ke, twitter ke, myspace ke or whatever. Itu korang punya pasal la. Forever Alone lah katakan. Luah kat facebook pun jadi. Heheh.. Tapi, status facebook yang terlalu mengikut perasaan juga mencerminkan kebodohan. Mungkin juga tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di facebook daripada mengadu kepada ALLAH SWT yang Maha Mendengar itu. Lebih banyak berdoa di facebook daripada berdoa di sejadah.



Tuesday 2 October 2012

Resepi Kejayaan


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia 
 
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu the rasa tanggungjawab


200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


Mutiara kata 2

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Mutiara Kata 1

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Sebelum Kita...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday 1 October 2012

Sometimes.....

Sometimes the people who are thousand of miles from you can make you feel better than the people who are right beside you....

Sang Kancilku...

Hari ni satu lagi peristiwa yang meranapkan duit aku....Sang kancil ku meragam pulak.  Air cond nya tidak lagi sejuk dan mengeluarkan bunyi yang bingit. Menatang Kompreser la yang rosak..apa lagi? Masalah apabila hari hujan..terpaksa sediakan towel untuk mengelap cermin depan..Rupa-rupanya bukan hanya kompresor yang rosak, terpaksa ditukarkan juga kondensernya. Tak boleh tengok orang senang sikit..time ni la nak meragam.

Bila jadi mcm ni rasa macam nak jual je kancil ni..tapi mengenangkan dia dah lama berkhidmat kepada aku dengan cemerlangnya, hasrat itu dibatalkan..walaupun dah dapat buyer. Aku akan simpan kau sampai jadi barangan antik. Aku memang beli kancil sebab boleh dilanyak secukupnya..hantar budak-budak pergi pertandingan sukan dan macam-macam lagi tapi idak le nak jalan jauh-jauh. Dalam kawasan saja...

Aku akan makeover engkau sampai jadi cun. Sebelum ni kau cium bontot Kia Forte..nasib baik tuan forte tak mintak ganti rugi..sebab dengan coolnya aku berurusan dengannya..tapi yang sebenarnya kerosakannya tak seberapa berbanding dengan kancil aku..biasalah kereta malaysia..(ayat yg tipikal yang selalu orang cakap)... semuanya sebab asyik tengok helmet orang motor bergolek atas jalan. Hikmahnya aku dapat makeover kancil ni seperti skrg.