Saturday 12 January 2013

DARI AIR TANGAN IBUBAPA~AIR PENERANG HATI~

SEMOGA PANDUAN INI MEMBERI BARAKAH UNTUK ANAK2 KITA,MENJADI INSAN YANG BERILMU & SOLEH/SOLEHAH DENGAN AKIDAH YANG MULIA,KEKAL HINGGA HARI AKHIRAT,SEMOGA DI TEMPATKAN KE DALAM SYURGA,AMIN.
DARI SUMBER:CAPTBOKKHARI

Cara membuat air penerang hati ini dipelajari dari Allahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz) yang pernah tinggal di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Beliau telah kembali kerahmatullah tiga tahun yang lalu. Allahyarham juga adalah sukarelawan yang pernah membantu merawat banyak penagih-penagih dadah di Kelantan suatu ketika dahulu. Sesiapa yang membuat air penerang hati ini. Sedeqahlah Al-Fatihah buat Alahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz). Moga-moga ilmu yang ditinggalkannya membawa barakah buat kita.

Cara-cara membuat air penerang hati.

1. Air masak, air mineral atau air hujan malam jumaat lagi baik ditadah.

2. Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat insyak dan jika baiknya lakukan selepas solat hajat minta Allah SWT makbulkan dan minta anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan pelajaran dsbg.

Surah-surah yang dibaca.

1. Shalawat Nabi -10x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Tiga Qul - 1x.
4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) - 11x.
5. Bismillah Enam - 11x.

Baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam dan dihembuskan pada air tersebut. Minum pagi atau malam. Boleh mula minum air penerang hati diawal tahun. Jika baiknya bagi minum setiap hari kepada anak-anak kita mulai sekarang. 

SURAH ALAM NASYRAH (SURAH 94).


Thursday 10 January 2013

Tragedi 2012...(sesungguhnya kepada Allah jua tempat kembali..)

Kira-kira jam 11.00 malam isnin ..ketika aku sedang rancak melayan perlawanan EPL antara Man U dengan Man City..aku dikejutkan dengan deringan telefon dari adik lelaki ku ...berita yang mengejutkan ..amat mengejutkan dan tidak disangka-sangka...adik sepupuku yg tinggal berhampiran dengan rumahku di kampung telah kemalangan motor dan telah disahkan meninggal dunia..aku seperti sukar untuk menerima berita ini...usianya 17 tahun dan akan mengambil SPM pada tahun ini..dan merupakan anak tunggal lelaki kepada ibu saudaraku..

Aku tidak tentu arah ..dan mundar mandir di dalam rumah...aku memberitahu isteriku tentang peristiwa ini dan aku merasakan aku perlu pulang segera ke kampung yang letaknya kira-kira sejam perjalanan. Rasa kasihan hendak mengejutkan anak-anak yang sedang tidur dengan nyenyak..aku mengambil keputusan untuk pulang berseorangan dan isteriku akan pulang keesokannya..

Jam menunjukkan pukul 12 malam..aku meredah kegelapan malam melalui jalan Kuala Ketil ke parit panjang yang agak sunyi..bibirku tidak berhenti-henti membaca segala ayat yang sesuai untuk disedekahkan kepada arwah..ketika memandu terimbau kenangan-kenangan lama semasa arwah masih lagi hidup..semasa kecilnya ibuku yang menjadi pengasuhnya semasa ibu saudaraku bekerja di Sungai Petani...memang sudah ku anggap seperti adik sendiri. kali terakhir berjumpa dengannya ialah semasa menghantar kakaknya di KLIA.. yang akan ke Nottingham untuk melanjutkan pengajian..Pengalaman tersesat ketika mencari jalan pulang dari KLIA ke Bandar Instek adalah kenangan terakhir bersama arwah...Dalam lamunan akhirnya aku sampai ke Hospital Sik..Kawasan perkarangan rumah mayat hospital Sik penuh dengan orang ramai yang tahu akan kemalangan itu..aku segera berjumpa dengan orang kampung dan bertanyakan punca kejadian dan bilangan mangsa yang terlibat...dalam kejadian itu adik sepupuku yang mesra di panggil Edi telah menjadi mangsa rempuhan motor yang hilang kawalan sewaktu berada digigi jalan ketika ingin pulang ke rumah selepas menyaksikan perlawanan bolasepak EPL di cafe ESSO Pekan Sik. Budak yang melanggar juga meninggal dunia..

Aku kemudiannya berjumpa dengan bapa saudaraku yang kelihatan tenang tetapi berdasarkan cerita saudara yang lain ..dia telah hampir pengsan ketika petugas hospital memberitahu bahawa Edi telah meninggal..Jam menunjukkan hampir dua pagi.. Ketika berada di bilik mayat...kedengaran gergaji yang sedang membelah tengkorak mangsa untuk autopsi..Bapa saudaraku meminta agar aku menerima jenazah dari pihak hospital setelah siap nanti...katanya dia tak kuat untuk menerima keadaan ini..Hampir sejam kemudian..petugas memanggil waris untuk diserahkan jenazah...Mujurlah jenazah Edi tidak dilakukan bedah siasat kerana punca kematian ialah disebabkan kecederaan parah dikepala....Aku berasa lega apabila mengambil jenazahnya tiada setitik darah pun yang membasahi kain putih yang membalutnya. Buat pertama kalinya aku berada didalam van mayat bersama jenazah.

Aku kagum dengan ketabahan mak su aku yang begitu tenang sekali menerima keadaan ini...hanya kedengaran suaranya mengaji Quran untuk anaknya sehingga ke pagi...dan begitu juga saudara mara yang lain termasuklah aku. Adakala aku tersasul dek kerana mengantuk yang teramat sangat. Dalam keadaan ini aku juga terkenang arwah nenekku yang menjadi guru Quran ku dan aku berjaya mengkhatam Al-Quran semenjak darjah tiga lagi..Insyaallah aku akan mengajar anakku supaya rajin mengaji dan selalu aku berpesan kepada anak sulungku, "Ayong, nanti kalau abah mati nanti ..ayong mengaji kat abah " .

Keesokannya...setelah jenazah di mandikan dan dikafan...saat yang paling hiba...aku tak mampu untuk mengucup jenazah kerana terlalu sebak...aku rasakan inilah kali kedua aku terasa satu kehilangan besar..Semasa menurunkan jenazah ke liang lahad... aku dengan penuh keinsafan membayangkan bahawa diriku yang sedang diturunkan ke liang lahad ya Allah ampunilah aku...aku tak mahu mati dalam keadaan dosa yang banyak..aku akan berubah...aku insaf..itulah yang aku lamunkan sehingga tanah padat ...Alhamdullillah segala telah selesai..Buat orang yang hidup sentiasalah ingat mati..kerana mengingati mati adalah dakwah yang paling berkesan..andainya berasa susah hendak kusyuk dalam solat, cuba anggap bahawa inilah solat terakhir dalam hidupku...Mudah-mudahan Arwah Edi ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh....Al-Fatihah..

Edi bersama anak-anakku..

Aku dan Edi (semasa kecil)