Wednesday 27 February 2013

Persahabatan Futsal ...

Bagi mengubati kekecewaan budak-budak apabila terpaksa menarik diri dari Pertandingan Bolasepak sebelah 7 di Penang Free School maka di aturkan perlawanan Futsal dengan Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani. Penarikan diri ini adalah memberi laluan kepada Program Teknik menjawab Soalan UPSR, maklumlah kebanyakan pemain bolasepak terdiri daripada murid tahun enam. Nanti budak tak 'score" UPSR aku juga disalahkan. Mengapa lawan sekolah pendidikan khas? Sekolah Pendidikan Khas memang menyertai Pertandingan Futsal MSSK dan ini sebahagian program latihan mereka, dan dengan kemudahan bas yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran maka pengangkutan bukan isu utama. Kebanyakan mereka telah menjangkau umur 13 tahun dan ini memberi pengalaman baru kepada pemain-pemain aku.

SKPJ B


SKPJ A

Coach...merangkap manager dan Pegawai Perubatan
Kecil-kecil cili padi...

Tuesday 26 February 2013

Life is like riding a bicycle....

Sebenarnya apa yang nak dikongsikan tak ada kena mengena dengan pepatah di atas pun. Dah lama bercuti dari mengayuh basikal sebab tak ada masa semenjak rakan sepengayuhan kemalangan semasa berkayuh...ditambah pula dengan kekecohan yang dikatakan pergaduhan antara India dan Melayu di Sungai Petani yang berlaku baru-baru ini. Tak nak ulas lah tentang peristiwa tu yang memaksa polis dan FRU mengambil langkah berjaga-jaga.

Antara laluan kayuhan pada masa tu...kalau waktu malam ialah taman Kelisa- Taman Spice Village-Darulaman Perdana (sebelum tu jumpa kawasan Perkuburan Islam Sungai Petani)-Aman jaya-Kawasan Perindustrian Ria Jaya-Hospital Sultan Abdul Halim... lebih kurang 25 km je jaraknya..pada masa tu rasa tak ada masalah pun berkayuh pada tengah malam di kawasan orang india tapi aku pun dah termakan dengan sentimen sampai dah bimbang nak berkayuh di kawasan tersebut.

Kalau waktu cuti hujung minggu laluan yang dipilih pula ialah Lencongan timur - Lencongan barat- Laguna Merbok- Taman Ria Jaya...lebih kurang 40 km juga.. Sekarang ni aku dah tinggalkan basikal di sekolah...sebabnya, aku suka dengan kawasan sawah dan kawasan jalanraya yang kurang sibuk. Ditambah pula sahabat baik aku juga sudah membeli basikal dan menyertai riadah berbasikal ini. baru-baru ini aku berkesempatan berkayuh semula .. diharapkan boleh la maintain kali ni..jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..

sempat lagi...

berehat dulu...

bersama sahabat baik..Ustaz Salmin





Tuesday 19 February 2013

Presint 9.....

Aku pun tak pasti kenapa bila aku ke Putrajaya, mesti aku bawak anak-anak aku ke tempat ni...apa yang best tah....tapi bagi anak-anak sudah pasti kolam yg ada air pancut ni..layankan aje..asalkan mereka gembira...Bagi penduduk Putrajaya mungkin tak heran sangat sebab dah memang selalu sangat ke aitu...memang kebanyakan orang luar sebab kebanyakan datang dengan plat kereta luar...Bila melihat gelagat kanak-kanak mandi teringat masa zaman kanak-kanak, mana nak ada kolam semua ni. Yang ada sungai yang kalau waktu hujan lebat airnya melimpahi tebing...

Takpa ...abah panggil naik korang tak nak ye....abah pegi main gim kat atas dulu..

tau lapar plak....sampai apam balik keras pun habis 8 keping..



Tuesday 12 February 2013

Manusia yang berbahagia...

Pada pagi tadi aku telah menziarahi jenazah seorang saudara di Yan. Oleh kerana lupa arah ke rumahnya yang terletak di tengah-tengah sawah maka aku telah tersesat dan hanya sempat sampai ke setelah urusan pengebumian sedang dijalankan.
      Selepas itu..aku pergi ke rumah si mati untuk menghantar sepupuku pulang ke rumah. Aku sempat bersembang dengan waris si mati yang juga sepupuku tentang keadaan arwah sehingga meninggal dunia.
       Apa yang begitu mengujakan aku ialah keadaan arwah tiga hari sebelum meninggal..arwah telah menghebahkan segala wang simpanan yang ada dan khairat kematian yang dia anggotai. Ini untuk memudahkan waris apabila ajalnya tiba. Kematiannya ialah selepas asar hari isnin. Pada pagi Isnin arwah telah meminta seseorang membelinya buah anggur untuk dijamahi. apabila ajalnya semakin hampir lebih kurang tiga minit sebelum nafas terakhirnya, ramailah jiran tetangga dan saudara mara datang menziarahi terdengar suara orang lelaki memberi salam dengan amat lunak dan lembut dari arah tingkap yang mengadap arwah..
          Untuk memastikan suara siapakah yang memberi salam sepupuku terus ke luar dan meninjau sekeliling rumah. Tiada kelibat orang yang kelihatan. Ini menghairankan tetamu di dalam rumah tetapi masing-masing buat-buat tak tahu sahaja. Kawasan rumah itu tiada halaman yang luas kerana rumah kecil itu dikelilingi dengan sawah padi dan hanya motorsikal sahaja yang boleh memasuki kawasan rumah itu itu pun hanya di depan rumah sahaja. Selepas suara memberi salam itu kedengaran maka selang beberapa minit arwah menghembus nafas yang terakhir dengan beberapa kali lafaz syahadah.
          Moral cerita ini ialah terdapat tanda kematian yang jelas kepada semua orang yang peka. Berdasarkan pembacaan aku, tanda-tanda itu akan muncul seawal 100 hari sebelum kematian. Daun yang tertulis nama akan gugur dan malaikat sentiasa mengikuti gerak geri kita apabila daun nama kita telah gugur. Bagi orang orang yang bertakwa mungkin dia akan merasai detik-detik menjelang kematiannya. Dengan ini persediaan yang sepatutnya perlulah dilakukan untuk menghadapi ajal supaya pengakhiran hayat dalam keadaan Husnul Khotimah. Dalam cerita waris si mati tadi, aku andaikan itu adalah suara malaikat maut yang datang kepada orang-orang yang beruntung, untuk diambil nyawa dalam keadaan yang lemah lembut. Wallah hu a'alam...Sesungguhnya alam barzakh adalah tempat persinggahan yang pertama sebelum berkumpul di Padang Mahsyar.