Tuesday 12 March 2013

Kejohanan MSSPP zon Kepala Batas 2013...

 Nampaknya dua tiga hari ni aku akan menggelapkan kulit ku yang sedia gelap dengan bertugas sebagai pegawai balapan dalam kejohanan olahraga MSSPP 2013. Kepada kawan di sekolah harap ikhlaskan diri anda untuk me"relief" kelas yang aku tinggal....



Monday 11 March 2013

Lahad Datu berdarah.....

Sudah beberapa minggu pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu. Mulanya nampak seperti keadaan terkawal ditambah lagi dengan kenyataan menteri berkenaan bahawa mereka bukan pengganas. Setelah lapan orang polis terkorban barulah kita tahu bahawa ini bukan main-main..ini betul-betul.
       Ada juga pihak yang memberi kenyataan sinis apabila menyatakan bahawa ini adalah rancangan atau lakonan semata-mata. Kadang-kadang menyirap juga darah apabila dalam keadaan begini pun masih lagi nak berpolitik. Aku bukan suka berpolitik tetapi aku ada sahabat-sahabat yang aktif dalam politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Kalau ada ceramah politik pembangkang aku akan hadirkan diri jika ada kelapangan. Kita ada akal dan boleh menilai yang mana satu fakta atau auta. Bila tiba hari mengundi kita bebas memilih kerajaan yang kita suka.
       Namun dalam soal kedaulatan negara ianya bukan lakonan apatah lagi melibatkan nyawa. Berdasarkan apa yang aku baca dan dengar dari sumber yang boleh dipercayai, ada anggota polis kita disembelih, ditetak dan dikorek mata serta di robek perut dengan parang oleh pengganas yang menggelarkan diri mereka "Tentera Kesultanan Sulu". Memang sesiapa sahaja yang berhati perut pasti akan marah dan umpama minyak yang disimbah ke atas api, ia pasti membakar semangat anggota tentera dan polis kita. Memang tidak patut dibiarkan hidup pengganas-pengganas ini....
        Kepada isteri-isteri, tunang, kekasih para perajurit kita yang terkorban dan yang berada di perbatasan moga kalian tabah menghadapi keadaan ini....