Monday 1 April 2013

Tiga kali seminggu....

          Semenjak tekanan darah dan kandungan gula dalam darah berada dalam keadaan kurang memuaskan...aku memikirkan cara untuk berada dalam keadaan kesihatan yang optimum..hanya satu saja sukan yang paling sesuai dengan usia sekarang iaitu badminton.  Selepas berehat tiga minggu disebabkan terseliuh kaki.. aku mula kembali bermain badminton tiga kali seminggu iaitu isnin, khamis dan jumaat.
          Bila lama tak turun bermain memang pancit gila..kalau aku tak pulun sangat masa main maknanya kaki aku masih sakit. Rasanya kawan-kawan sudah faham keadaan aku. Niat aku hanya nak mengeluarkan peluh dan mengurangkan berat badan yang cepat naik tapi lambat nak turun. Kalau nak masuk tournament rasanya dah tinggal "tiga silinder" jaa. Bagusnya bila bersukan ni segala masalah hilang atau boleh lah dilupakan sekejap.. bersama aliran peluh yang menitis keluar. Rasa rilek je..hilang stress...yang penting sukan juga suatu ibadah ...untuk badan sihat dan senang beribadah.
Get Ready.....

Penat .....
Cukup lah sampai di sini saja...

Salah satu raket yang aku suka guna..Li Ning TB nano - 200Ti