Cara-cara mudah untuk menghafal Surah Al-Mulk atau surah2 lain
1) Elakkan melakukan dosa seperti melihat aurat kerana setiap dosa mengurangkan daya ingatan.
2) Baca surah pada pagi hari seperti selepas Subuh kerana daya ingatan adalah pada tahap tertinggi.
3)
Pilihlah seorang Qari seperti Sheikh Mishary yang membaca surah
tersebut dan mainkan bacaannya dalam bentuk audio (MP3) atau video (MP4)
berulang2 dalam kereta, sebelum tidur dan sebagainya. Bagaimanapun kita
hendaklah menghormati bacaan ayat2 Al-Quran dan tidak bercakap2 ketika
bacaan tersebut. InsyaAllah dengan kaedah ini surah2 tersebut akan dapat
dihafal.
SURAH Al Mulk (bererti Kuasa Pemerintahan)
merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di
antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t.
iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah
diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat
kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat
buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat
keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis
Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah
bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya
diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa'i dan Ibnu Majah dari
Abu Hurairah yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al Quran
terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada
orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu
Surah Al Mulk."
Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat
Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur
yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang
membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan
berkata: "Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur
yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al
Mulk sehingga khatam."
Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Itulah yang menahan (Al-Maa'inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur."
(HR At Tarmizi)
Daripada
Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga
baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada
Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu surah di
dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke
dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi."(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa'i
juga meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya
daripada azab kubur."
Tentang surah ini ada satu riwayat yang
lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hatiku menghendaki
supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."
Mengikut
satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan
Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah
seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam
Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu
membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan
tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika
seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai
orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam 'Lailatul-Qadar'. Ini juga
telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta'us rahmatullah 'alaih
telah berkata: "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh
kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah."
Siksaan
di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal
dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh.
Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan
menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi
air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis
begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia
menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah
tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa
terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah
baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya,
kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar
sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang
lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam
kubur."
Assalamualaikum, saya nak share n copy ilmu yg tuan kongsikan, terima kasih.
ReplyDeleteAlhamdulillah,banyak yg saya dapat dan belajar drpd maklumat ini.Terima kasih kpd teman yg sudi berkongsi maklumat
ReplyDeleteAssalamualaikum ... Mohon kongsi ilmu ya.Jazakallah
ReplyDeletehttps://carigold.com/forum/threads/rancangan-menghafal-surah-al-mulk.732372/
ReplyDelete