Donna Capsule Glucosamine Sulphate |
|
Donna Capsule Glucosamine Sulphate
ANDA
sering mengalami sakit sendi kebelakangan ini? Ia mungkin osteoartritis
(OA), sejenis sakit sendiyang paling biasa di kalangan kita.
Lazimnya,
apabila sakit sendi menyerang terutamanya pada bahagian punggung, lutut
dan jari-jemari seseorang, penyeksaannya turut dirasai oleh seluruh
badan. Selain kesakitan yang teramat sangat, sakit sendi juga
menyebabkan seseorang tidak dapat melakukan aktiviti hariannya dengan
lancar.
Pada
peringkat yang lebih serius, pembedahan penggantian sendi terpaksa
dilakukan. Pakar pembedahan ortopedik di sebuah klinik swasta, Dr. Teo
Wee Sin berkata, OA berlaku apabila rawan yang sihat kehilangan unsur
penting seperti air, proteoglikan, kolagen dankondrosit.
Air
bertindak sebagai pelincir rawan manakala proteoglikan untuk menarik
dan mengekalkan air, kolagen untuk mengekalkan proteoglikan di tempatnya
dan kondrosit untuk membuang proteoglikan dan kolagen lama bagi
digantikan dengan yang baru.
Bagaimanapun, dengan rawatan berkesan, OA dapat dicegah dan dipulihkan,'' katanya pada ceramah penggunaan glukosamin di bawah jenama Donna Capsule untuk merawat OA yang dibawakan oleh Duopharma (Malaysia) Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Donna Capsule mengandungi glukosamin
sulfat, iaitu produk anti-OA pertama yang boleh merawat gejala-gejala
OA sekali gus mengelakkannya dari menjadi mudarat. Dr. Teo berkata,
sejak tahun 1960-an, glukosamin
didapati berkesan dalam melegakan kesakitan radang sendi dengan cara
merangsang biosintesis sesetengah proteoglikan, memulihkan kondrosit
yang rosak dan mempunyai ciri-ciri antiradang.
Menurutnya, glukosamin
merupakan sejenis bahan semula jadi yang banyak terdapat di dalam tubuh
badan manusia. Setiap orang mengeluarkan sejumlah glukosamin di dalam
tubuh mereka. Apabila usia meningkat, tubuh mereka kehilangan keupayaan
untuk mengeluarkan glukosamin yangmencukupi,'' katanya.
Memiliki banyak glukosamin
di dalam tubuh amat penting bagi menghasilkan nutrien yang diperlukan
untuk merangsang pengeluaran bendalir sinovia yang melincirkan rawan dan
menjaga kesihatan sendi. Tanpa glukosamin yang mencukupi, rawan pada
sendi-sendi yang menanggung berat seperti pinggul, lutut dan tangan akan
merosot.
Rawan
kemudiannya mengeras dan membentuk cabang tulang, mencacatkan sendi dan
mengehadkan pergerakan sendi. Sementara itu, Pengurus Pembangunan
Perniagaan Duopharma, Balbir Singh berkata, glukosamin diperbuat daripada gabungan gula yang dihasilkan oleh chitin yang terdapat pada ikan.
Glukosamin terbukti berkesan dalam banyak percubaan saintifik untuk merawat kesakitan OA, memulihkan rawan, memperbaharui bendalir sinovia
dan memperbaiki sendi-sendi yang rosak akibat OA. Kesan sampingan
glukosamin seperti gangguan gastrik, cirit-birit, sembelit dan loya
biasanya tidak lama dan tidak teruk,'' katanya.
Beliau berkata, glukosamin
yang bertindak membina semula rawan boleh digabungkan dengan ubat-ubat
pelega kesakitan segera seperti ubat antiradang bukan steroid(NSAID).
Kaedah gabungan tersebut dikenali sebagai terapi titian. ``Kombinasi ini
terbukti berkesan dalam menghilangkan kesakitan langsung akibat OA di
samping membina semula rawan serta mengurangkan kesan sampingan akibat
penggunaan NSAID semata-mata,''katanya.
NSAID
merupakan satu-satunya rawatan yang ada untuk merawat OA dalam tempoh
40 tahun yang lepas. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan ulser perut,
kerosakan buah pinggang, ketoksikan terhadap sel-sel saraf auditori yang
menjejaskan pendengaran dan berpotensi membahayakan organ-organ lain.
Tidak
seperti NSAID yang mampu melegakan kesakitan segera dalam masa beberapa
jam selepas pengambilan, glukosamin bagaimanapun tidak mempunyai
ciri-ciri tersebut. Walaupun sesetengah pengamalnya mendapat kelegaan
separuh dalam tempoh dua minggu atau sebulan, ia biasanya perlu
digunakan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum kelegaan yang nyata dapat
dirasai.
|
Before you judge my life, my past or my character....walk in my shoes..walk the path i have traveled..live my sorrow...my doubts, my fear, my pain and my laughter...REMEMBER everyone has a story. When you have lived my life then you can judge me...
Sunday, 30 September 2012
Finally...i got the medication ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment