بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Umat Islam tanpa mengira usia dan
kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan
bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat
menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan
umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang
penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal
akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang
sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi
terhadap umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis menyebut mengenai acara
sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah,
menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
.
.
Sunnah Dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang
.
1. Memanah
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku
bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
.
Kebaikan Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk
meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body
balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah
tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan
menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di
busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini
juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan
mental.
.
.
2. Berkuda
“Demi
Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang
disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain,
Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan yang dibenarkan, atau yang
dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari
orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi
dari orang-orang lain juga.
Adapun
hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang
unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi
yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu,
iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya
adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan.
Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan
Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja –
mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang
digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia
pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya
(hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Kebaikan Dari Segi Kesihatan
Berkuda amat baik untuk kesihatan
manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari
fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara
rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang
manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan
meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan
pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural
tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka,
otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem
saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah
geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk
menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari
mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks
yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata
sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan
‘galloping’ kuda.
.
.
3. Berenang
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap
sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali
empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk
memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang
dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala
otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang
berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain
meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
.
.
4. Gusti
Syarat pertandingan itu ialah jika
Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah
SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang
diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk
Islam.
.
.
5. Berlumba Lari
Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
.
.
6. Peringatan
Dalam keghairahan beriadah dan bersukan,
janganlah mengabaikan perkara yang dilarang syariat seperti mendedahkan
aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan selain lalai
menunaikan kewajipan solat. Hindari acara sukan yang membabitkan
perjudian.
Firman Allah:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian
yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya)
supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah al-A’raaf, ayat 26)
.
Satu perkara yang perlu diambil berat
ialah sikap dan mentaliti penonton tatkala memberi sokongan kepada
pasukan pilihan mereka. Jangan kerana terlalu taksub dengan pasukan
kesayangan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap
terhadap pemain lawan.
Allah SWT berfirman: “Dan taatlah kamu kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu
dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang
sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)
.
Perkara yang paling sukar bagi mereka
terbabit dalam sukan adalah menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.
Islam mengajar kita supaya tenang, berjiwa besar, reda, wasatiah dan
bersikap rasional tatkala menerima keputusan di akhir pertandingan.
Paling menyedihkan, ada segelintir
peminat sukan yang bergaduh sesama sendiri kerana bersikap emosional
serta mudah mengikut telunjuk hawa nafsu.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,’ sabda Rasulullah SAW, ‘adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan” (HR Ibnu Majah).
Sukan bukan sekadar menguji kekuatan
dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah
serta silaturahim demi perpaduan ummah. Janganlah kita mudah dihasut
oleh syaitan yang ingin melaga-lagakan umatnya supaya sentiasa
bertelingkah dan bermusuhan.
.
Nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah
SWT wajar dimanfaatkan secara betul menurut landasan syariat supaya kita
menjadi mukmin atau mukminah bertakwa kepada Allah serta bersedia
menabur khidmat dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment