Bila bercakap pasal bola..tidak dilupakan juga pasukan kesayanganku iaitu Kedah. Tahun 2012 merupakan tahun yang suram bagi bolasepak kedah. Dengan pelbagai isu yang melanda akhirnya Kedah terjunam ke Liga Perdana 2013. Sebagai penyokong setia, tentu sekali perasaan kecewa melanda dengan keadaan ini. Tetapi itulah bolasepak, ada turun naik dan jatuh bangunnya. Konsep yang mudah dalam memahami kehidupan. Kedah suatu masa dulu pernah merangkul kejuaraan "double treble" kini turun ke liga perdana. Pelbagai anggapan penyokong termasuklah pemain dikatakan rasuah, pemain import dan jurulatih yang tidak bagus hatta pengurusan tertinggi dan menteri besar juga terkena tempiasnya. Apa kan daya bola sepak merupakan hiburan rakyat di negeri Jelapang padi ini.
Diharapkan ada sinar bagi pasukan Kedah pada Liga 2013 nanti, dengan muka-muka baru yang membarisi pasukan Kedah bermula dari pengurus dan jurulatih ditambah dengan kemasukan semula "playmaker double treble" Nelson San Martin dan import baru iaitu Cheyene Santos dari Brazil. Ini menjadikan sebab aku akan mengunjungi stadium setiap hujung minggu.
No comments:
Post a Comment