Saya Tak Boleh Terima Awak, Sebab Awak Terlalu Baik Untuk Saya’. Itulah
ungkapan yang selalu digunakan oleh seseorang untuk menolak. Adakah
dengan berkata begitu hati lelaki/perempuan itu akan tenang dan terima
dengan redhanya?. Adakah dengan menerima orang yang baik adalah buruk
untuk seseorang itu?. Adakah seseorang perempuan/lelaki itu tidak ingin
berubah jika dia menolak seseorang itu sebab dia baik?.. Antara
persoalan yang bermain di fikiran mereka yang ditolak.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan
laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (An-Nur 26)
Ya, Kata-kata Allah sememangnya benar dan tidak boleh membangkang.
Allah S.W.T lagi luar pengetahuan dan lagi maha bijaksana. Tapi kita
sebagai makhluknya, perlulah mengambil setiap detik pengajaran dan
tauladan dari setiap titik ayat tersebut. Maksud ayat diatas ialah Allah
mahu makhluknya berubah. Berubah untuk menjadi baik dan mendapat zuriat
yang baik. Kita tidak boleh nak melabelkan diri kita sebagai jahat dan
menolak orang yang baik. Sebab apa?. Sebab kita rasa kita ni jahat dan
kahwin dengan orang jahat je. Silap. Allah mencipta yang kaya untuk
membantu yang miskin, Allah mencipta yang pandai untuk membantu yang
kurang pandai, Allah mencipta manusia untuk menyembah Allah, Allah
mencipta bumi untuk manusia duduk.
Tapi, tidakkah pelik jika manusia itu jahat dan Allah mahukan dia
bersama yang jahat dan meluaskan lagi empayar jahatnya?.. TIDAK!… Apa
yang Allah hendak sampaikan ialah mahu manusia berubah mengejar yang
baik dan menghindari kejahatan. Manusia sendiri sudah boleh berfikir dan
memilih jalan yang mana menuju kejayaan dan jalan yang mana menuju
kesengsaraan. Sebagai contoh, ada juga seseorang yang baik itu berkahwin
dengan wanita yang kurang baik, sebab apa?. Sebab Allah mahukan
hambanya membimbing wanita tersebut ke jalan yang baik. Allah suka yang
baik, Allah memilih yang baik.
Konklusinya, fikirlah yang terbaik dan setiap perkara yang kita
terima tu mesti ada risikonya. Jangan takut untuk menerima risiko
tersebut dan sampai satu masa, kita akan menjumpainya kembali sebab
itulah lumrah kehidupan. Bak kata pepatah ‘What Goes Around, Comes Around’.
No comments:
Post a Comment