Saturday 24 November 2012

Cerita bola 1..

        Nampaknya liga bolasepak malaysia berehat sehingga 2013 menjelma..Kebanyakan pasukan rancak mempersiapkan pasukan masing-masing. Yang paling gah sekali ialah pasukan Johor yang menampilkan nama-nama besar di peringkat antarabangsa...lepas ni kembali meriahlah stadium Larkin..satu perkembangan yang sihat dalam arena bolasepak di Malaysia. Biar pun Liga Inggeris telah membuka tirai..aku tetap menyokong liga tempatan. Bagi pasukan kebangsaan pula..agak mengecewakan..setelah melalui beberapa perlawanan persahabatan yang kurang memberansangkan, diharapkan Harimau Malaya akan bangkit dan menunjukkan taring apabila kejohanan AFF Suzuki bermula. Lawan yang akan ditentang dalam perlawanan pertama ialah Singapura. Satu pertembungan yang dijangka sengit kerana masing-masing mahu mendapatkan kemenangan yang pertama. Seandainya pasukan Malaysia tidak mampu melangkah ke separuh akhir maka, Coach Rajagopal perlulah bertanggungjawab dengan meletak jawatan dan digantikan dengan Ong Kim Swee. Bagi penyokong harimau Malaya, janganlah berputus asa untuk menyokong pasukan kita.
       Bila bercakap pasal bola..tidak dilupakan juga pasukan kesayanganku iaitu Kedah. Tahun 2012 merupakan tahun yang suram bagi bolasepak kedah. Dengan pelbagai isu yang melanda akhirnya Kedah terjunam ke Liga Perdana 2013. Sebagai penyokong setia, tentu sekali perasaan kecewa melanda dengan keadaan ini. Tetapi itulah bolasepak, ada turun naik dan jatuh bangunnya. Konsep yang mudah dalam memahami kehidupan. Kedah suatu masa dulu pernah merangkul kejuaraan "double treble" kini turun ke liga perdana. Pelbagai anggapan penyokong termasuklah pemain dikatakan rasuah, pemain import dan jurulatih yang tidak bagus hatta pengurusan tertinggi dan menteri besar juga terkena tempiasnya. Apa kan daya bola sepak merupakan hiburan rakyat di negeri Jelapang padi ini.
       Diharapkan ada sinar bagi pasukan Kedah pada Liga 2013 nanti, dengan muka-muka baru yang membarisi pasukan Kedah bermula dari pengurus dan jurulatih ditambah dengan kemasukan semula "playmaker double treble"  Nelson San Martin dan import baru iaitu Cheyene Santos dari Brazil. Ini menjadikan sebab aku akan mengunjungi stadium setiap hujung minggu.







No comments:

Post a Comment