Tuesday 12 February 2013

Manusia yang berbahagia...

Pada pagi tadi aku telah menziarahi jenazah seorang saudara di Yan. Oleh kerana lupa arah ke rumahnya yang terletak di tengah-tengah sawah maka aku telah tersesat dan hanya sempat sampai ke setelah urusan pengebumian sedang dijalankan.
      Selepas itu..aku pergi ke rumah si mati untuk menghantar sepupuku pulang ke rumah. Aku sempat bersembang dengan waris si mati yang juga sepupuku tentang keadaan arwah sehingga meninggal dunia.
       Apa yang begitu mengujakan aku ialah keadaan arwah tiga hari sebelum meninggal..arwah telah menghebahkan segala wang simpanan yang ada dan khairat kematian yang dia anggotai. Ini untuk memudahkan waris apabila ajalnya tiba. Kematiannya ialah selepas asar hari isnin. Pada pagi Isnin arwah telah meminta seseorang membelinya buah anggur untuk dijamahi. apabila ajalnya semakin hampir lebih kurang tiga minit sebelum nafas terakhirnya, ramailah jiran tetangga dan saudara mara datang menziarahi terdengar suara orang lelaki memberi salam dengan amat lunak dan lembut dari arah tingkap yang mengadap arwah..
          Untuk memastikan suara siapakah yang memberi salam sepupuku terus ke luar dan meninjau sekeliling rumah. Tiada kelibat orang yang kelihatan. Ini menghairankan tetamu di dalam rumah tetapi masing-masing buat-buat tak tahu sahaja. Kawasan rumah itu tiada halaman yang luas kerana rumah kecil itu dikelilingi dengan sawah padi dan hanya motorsikal sahaja yang boleh memasuki kawasan rumah itu itu pun hanya di depan rumah sahaja. Selepas suara memberi salam itu kedengaran maka selang beberapa minit arwah menghembus nafas yang terakhir dengan beberapa kali lafaz syahadah.
          Moral cerita ini ialah terdapat tanda kematian yang jelas kepada semua orang yang peka. Berdasarkan pembacaan aku, tanda-tanda itu akan muncul seawal 100 hari sebelum kematian. Daun yang tertulis nama akan gugur dan malaikat sentiasa mengikuti gerak geri kita apabila daun nama kita telah gugur. Bagi orang orang yang bertakwa mungkin dia akan merasai detik-detik menjelang kematiannya. Dengan ini persediaan yang sepatutnya perlulah dilakukan untuk menghadapi ajal supaya pengakhiran hayat dalam keadaan Husnul Khotimah. Dalam cerita waris si mati tadi, aku andaikan itu adalah suara malaikat maut yang datang kepada orang-orang yang beruntung, untuk diambil nyawa dalam keadaan yang lemah lembut. Wallah hu a'alam...Sesungguhnya alam barzakh adalah tempat persinggahan yang pertama sebelum berkumpul di Padang Mahsyar.

No comments:

Post a Comment